KAU PERGI JUA
Monday, February 16, 2015 • 12:44 PM • 0 comments
 
Assalamualaikum. 2015. Dah 16 tahun dah this year. Dah besar. Perangai dah matang sepatutnya. Hmm. Alhamdulillah result PT3 tak mengecewakan. Syukur kepada Yang Esa. Tahun ni ambik aliran Sains Tulen. Penat jugak lah nak catch up. Baru sebulan lebih belajar en. Kadang kadang stress jugak tapi pandai pandai lah belajar dengan kengkawan yang lain. Generasi Amirul Mukminin 1216. Ya itu lah batch aku. Dah 3 tahun bersama. Suka duka bersama. Masalah rempuh sesama semua. Dulu 156 orang tapi kini dah berkurang 148 orang. Ramai yang dah pindah. Tipu lah kalau tak rasa kehilangan. Ingat senang ke nak berpisah dengan orang yang almost of the time kita spend dengan dia. Seminggu selepas sekolah bukak, Aqilah pindah Permata Pintar. Sedih tu memang lah ada tapi kami semua kena kuat untuk dia. Minggu lepas, Syidi pindah. Dia pergi Kolej Vokasional Besut. Goodluck Syidi. And semalam, Hilmi pulak yang pindah. Dia dapat tawaran ke KISAS. Hmmm rezeki dia kat sana. Sebenarnya semua orang tak nak dia pindah ke sana tapi keputusan dia untuk ke sana. Siapa boleh ubah kan? Even abi (our pengetua) pun tak nak dia pindah ke KISAS. Betapa sayangnya warga SMAPK kat Hilmi. Waktu dia dah nak pergi, batch kitorang GAM 1216 pergi hantar dia. Hmm sedih gila kut. Budak laki semua boleh gelak gelak padahal semua tengah sedih. Hilmi pun acah tough, dia tak menangis at first. Certain of the girls dah nangis dah. Hmm sedih gilaaaaaa. Then semua baca doa rabitah, Hilmi dah dalam kereta dah waktu tu, aku betul betul duduk kat sebelah kereta Hilmi. Then, waktu tengah baca doa tu lah aku nampak Hilmi lap air mata. Ya Allah, aku benci perpisahan tapi nak buat macam mana kan SETIAP PERTEMUAN DIJANJIKAN DENGAN PERPISAHAN. Goodluck Hilmi. Take care kat sana. Jangan pernah lupa kami, GAM 1216. Tapi waktu last tu kelakar lah sebab beg Hilmi tertinggal and Shakir pergi kejar kereta Hilmi. Hahaha. Semua orang gelak tengok Shakir berlari. Last but not least, HIM. Awak dah berubah sangat sangat. Tapi baguslah, demi kebaikan kan? Kadang kadang rindu jugak nak jadi macam kita yang dulu tapi memang takkan pernah berlaku dah kan? Demi kebaikan, aku sanggup. BERHIJRAH lah itu yang terbaik. Jangan pernah penat berubah ye wak. Semoga berjaya. Aku takkan kacau. 
That's all.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Holla :)

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p

Chating here ♥
Let's friend :)


Shoutbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Izzati Imran :)

Remember!!dont remove this section!!